Bermula 22hb - 25hb kami sibuk dengan urusan packing. Keletihan tak dapat hendak digambarkan, Allah saja yang tahu. 4 hari yang diberi untuk kosongkan kediaman kami yang telah 4 tahun kami diami, rasanya macam tak cukup. Dengan keadaan diri yang tidak mengizinkan tapi digagahkan juga utk membuat kerja-kerja yang sepatutnya dilaksanakan. alhamdulilah.. selesai juga akhirnya. Seterusnya, kami menghabiskan hari-hari terakhir kehidupan di bumi sakura nan indah ini, dengan menginap di hotel hingga tiba hari untuk berangkat pulang.
Semalam pula (28hb Mac 2008), telah kami serahkan anak kunci rumah kepada tuan rumah.. turut ditemani oleh beberapa orang rakan dan agen rumah. 4 tahun berlalu dengan 4 pantas.. pejam celik, tiba masanya untuk kami kembali kepada mu Malaysia!.
Esok pagi, kami akan bertolak dari Kansai Airport dengan harapan semoga semuanya dapat berjalan dengan lancar.. amin. Kepada sanak-saudara, mak, abah dan adik-adik.. kita jumpa nanti!.
'A Moment in Time' akan terus bernyawa selagi hayat dikandung badan.. kepada rakan-rakan blogger yang masih terus mengunjungi blog ini, saya ucapkan jutaan ribuan terima kasih. Sekali lagi saya mohon ampun dan maaf jika tidak pernah membuat kunjungan balas, keterbatasan masa menyebabkan ianya terpaksa dilupakan.
Kepada rakan-rakan seperjuangan di bumi sakura, saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan tersilap kata semasa persahabatan kita selama ini. Kak Leha, Kak Hani, Yani, Kak Ain, Kak Ina, Kak June, Yana, rakan-rakan Petronas lain yang mengenali, rakan-rakan di Perodua; Ennie, Sya, Tinie, Farah, Rose, Ina, Zureen, Nadia, Yati... walaupun sebahagian besarnya telah berada di Malaysia.. tunggu akak yer nanti kita gathering dan bbq sama2!, Kak Leha, Hasira, Yan, Ummie (maaf akak x dpt tunaikan janji.. ), Pea, dan ramai lagi... terima kasih semua!... kenangan manis di bumi Nihon, adalah kenangan yang paling berharga dalam hidup saya!. Saya tidak akan melupakan jasa kalian begitu saja. Banyaknya pengalaman mengajar saya erti kedewasaan dan kematangan hidup. Insyaallah jika ada sumur diladang boleh kita menumpang mandi. Jika ada umur yang panjang, kita bertemu di tanahair nanti! Dmoshimoshi tetap menjadi kenangan tempat kita mencurah kenangan pahit dan manis.
Kepada rakan-rakan yang saya kenali melalui alam cyber dan terjumpa blog personal saya ini, terima kasih diatas persahabatan kita.. sessungguhnya saya amat menghargainya dan akan dikenang sampai bila-bila. Kepada pengunjung dan rakan di Wanita Niaga, semoga kita dapat bertemu mata di 1st gathering 5 April ini dan sama-sama kita bincang hal perniagaan internet!. Jumpa nanti ya!
SAYONARA NIHON!
~~ SAKURA TERSENYUM.. MENGIRINGI PEMERGIAN KAMI... ~~
Saturday, March 29, 2008
Friday, March 21, 2008
Last day at SMIS.
Saya catatkan memori hari semalam untuk anak-anak di sini, dimana 20hb Mac 2008 adalah hari terakhir mereka bersekolah di St Micheal International School (SMIS), Kobe, Japan. Cukup 2 tahun mereka di sana dah tentu banyak memori indah dan pasti tak dapat dilupakan begitu sahaja. 2 tahun lagi mereka pernah bersekolah di Ashiya International School (AIS).
Sejak dari seawal pagi saya sibuk dengan urusan Special Assembly yang biasa dibuat oleh pihak sekolah untuk mereka yang akan meninggalkan SMIS buat selamanya, jadi saya dan suami turut hadir diatas jemputan mereka. Sedih, terharu, dan macam-macam lagi dirasa. Seronok pun ada.. salah seorang murid Year 1 ada membuat show ringkas dimana beliau menyanyikan sebuah lagu khas untuk mereka yang bakal pergi. Sayuuu sangat mendengarnya. Murid tersebut walaupun masih kecil sebaya umur anak saya yang ketiga (6 tahun) tetapi bijak mengadun suaranya..
Terus menerus sehingga tengahari sibuk membuat persiapan utk sedikit hadiah yang akan diberi kepada cikgu-cikgu kelas anak2, mini party utk Hazim, dan saat yg di nanti telah tiba, PERPISAHAN!. Tidak ada party khas yang saya buat sebab keadaan tidak mengizinkan lagipun saya tak mahu nanti ianya menjadi satu memori yang tersangat sedih untuk dikenang... bagi saya biarlah kami pergi dari sini seperti mana kami hadir dulu, tiada satu sambutan atau acara besar-besaran untuk menyambut dan mengiringi kami pergi.... Cukup memadai dengan hanya ucapan ringkas dari rakan-rakan dan guru-guru anak2.. itu yang akan dikenang selama-lamanya.
Tidak dapat digambarkan kelak betapa rindunya mereka dengan suasana sekolah, rakan-rakan yang begitu mesra dan ramah, guru-guru yang baikhati dan layanan yang mungkin tidak akan mereka perolehi dimana-mana.... namun jauh disudut hati saya mendoakan agar mereka bertemu dengan guru-guru yang seumpamanya dan malah lebih baik dari sekarang di tanahair kelak!.
Pelbagai hadiah dari rakan-rakan dan guru-guru mereka perolehi, khususnya sebuah kad memori indah seumpama sebuah album kenangan dari guru kelas dan rakan-rakan disediakan untuk anak-anak yang didalamnya mengandungi kata-kata ucapan dan gambar-gambar kenangan. Kembalinya dirumah mereka tidak sabar menatapi semuanya... Along, sayu membaca, Kakak seronok dan adakalanya termenung... Hazim, seakan tidak kisah tetapi apabila saya memberitahu tadi telah diberikan hadiah untuk kawan baiknya, Winter sama seperti yang dia perolehi kelmarian iaitu Transformer.. tanpa diduga dia menangis sekuat-kuatnya kerana tidak dapat melihat wajah permainan tersebut. Apakandaya saya telah pun membungkusnya siap dari kedai jadi tidak mungkin untuk dia dapat melihat. Jadi perlahan-lahan saya pujuk dan nyatakan padanya jika ada kelapangan kami akan ke kedai dan saya berjanji akan menunjukkan pada beliau. Disamping menunjukkan gambar yang boleh diperolehi di internet. Winter dan Hazim begitu rapat disekolah sehingga ibubapa mereka juga sedih akan pemergian Hazim... itulah sebuah PERTEMUAN yang pasti berakhir dengan sebuah PERPISAHAN.... anak-anak kecil juga mengerti...
Good Bye SMIS! :(

Labels:
School Life
Thursday, March 06, 2008
Kesibukan terus melanda..
Salam buat semua yang masih setia mengintai dan mengikuti perkembangan kami sekeluarga. Mungkin sebahagian besarnya dah tahu, masanya telah tiba untuk kami berangkat pulang ke tanahair selamanya. Insyaallah 30hb Mac 2008 ini kami akan terbang ke awan biru dan sambil mengucapkan Sayonara Nihon... :(( .. entah bila kami akan kembali ?
Seribu kenangan manis dan pahit akan kami tinggalkan namun pasti kekal diingatan. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula pengalaman hidup selama 4 tahun dibumi sakura.....
Justeru, hari demi hari saya semakin sibuk dengan pelbagai urusan. Selain terus pastikan ebiz saya berjalan lancar, urusan untuk pulang menjadi keutamaan sekarang ini. Mohon maaf jika ramai rakan-rakan di ym tidak saya tegur, email pun kadang terlewat saya jawab. Huhu.. insyaallah setelah semuanya kembali aman.. saya akan hubungi semua dari Malaysia kelak.

Tuesday, January 29, 2008
Salam dari Jepun.
:) setelah hampir 3 minggu pulang dari tanahair, baru hari ni sempat nak menulis kembali di blog kesayangan ini. Sebenarnya bukan niat nak menghentikan penulisan, namun rutin harian telah bertukar. Menulis memang setiap hari, bukan di sini tapi ada merata tempat. Di blog resepi, blog tips perniagaan internet, blog promosi produk dan tak lupa forum kesayangan hamba tu. Kepada yang masih sudi mengunjungi blog ini tanpa jemu, syukur dan terima kasih setinggi-tinggi terima kasih.
Rindu dengan suasana dulu memang ada cuma dibataskan dengan tugas dan tanggungjawab. Cuma andai ada yg sudi mengingatkan untuk saya mencatatkan sesuatu di sini alangkah baiknya. ;)
Baiklah sebagai tatapan lihatlah aksi-aksi hero dan heroin filem dan kenangan kami di fujisan :

Subscribe to:
Posts (Atom)